Kenapa syarikat-syarikat & e-hailing company memerlukan rekod pemeriksaan kesihatan anda?

Apa yang mereka mahu lihat sebenarnya? Medical Check-Up tu penting ke?

Sebab dia senang je. Syarikat mana yang nak pekerja dia selalu sakit dan MC? Mereka memerlukan pekerja yang sihat supaya produktiviti syarikat mereka sentiasa tumbuh dan berkembang.

Jadi majikan perlu membuat saringan terlebih dahulu sebelum melantik anda sebagai pekerja.

Kalau buat medical checkup, apa yang doktor akan check sebenarnya? Ada cucuk-cucuk ambil darah ke? Kalau yang takut jarum mesti seram ni kan. Kalau checkup memerlukan pengambilan darah, akan ada la cucuk lengan sikit. Tak sakit pun.  

Berikut apa yang akan dibuat semasa saringan kesihatan dibuat.

  • Haemoglobin test. Ujian sel darah merah.
  • Blood sugar test. Ujian gula dalam darah. Nak tahu ada kencing manis ke tak.
  • Liver function. Ujian Fungsi Hati. Hati fungsinya adalah sebagai sistem pencernaan dengan menyerap dan memproses makanan.
  • Full Blood Count Test. Mengetahui maklumat dalam sel darah.
  • ECG, Electrocardiogram. Ujian pengesanan & rakaman fungsi jantung. Kat sini kita boleh tahu kondisi jantung kita sihat atau sebaliknya. Ujian ni tak sakit, just ada wayar-wayar kena tampal kat bahagian dada.
  • Urine test. Ujian air kencing ni sangat penting kerana ia akan mengesan kandungan bahan-bahan terlarang seperti dadah, nikotin, marijuana dan sebagainya. 

Ujian kesihatan biasanya akan siap dalam masa 24 jam kerana sampel darah perlu dihantar ke lab terlebih dahulu. Setelah report sudah sampai ke klinik. Kami akan hubungi anda untuk review bersama doktor. 

Leave a Reply