Adakah perlu untuk buat ultrasound scan sehingga 4D, 5D, 6D?
Tak cukup ke dengan basic ultrasound 2D yang nampak kuno tu?
Berikut apa yang perlu mommies tahu tentang Pregnancy Ultrasound Scan.

Mommies perlu tahu tujuan sebenar ultrasound sebenarnya adalah untuk mengetahui kondisi awal kandungan mommies. Pemeriksaan awal melalui ultrasound dapat kita rekodkan dengan mengetahui perkembangan fetus dan kedudukan fetus. 

Biasanya doktor akan melihat kedudukan fetus ini adakah kedudukan nya dalam keadaan normal atau abnormal. Untuk ujian confirm pregnancies ini, ujian boleh dilakukan seawal 4 minggu. Dan melalui ultrasound scan kita boleh mengetahui perkembangan bayi. Dan juga tarikh expecting untuk melahirkan bayi.

Untuk ujian ni biasanya klinik hanya akan menggunakan scan 2D sahaja kerana pengukuran nya lebih tepat berbanding 3D.

 

Jadi bila boleh buat scan 3D, 4D, 5D, 6D tu? 

Biasanya untuk mendapatkan image capture yang baik sehingga nampak wajah bayi, mommies perlu membuat scan ketika kandungan berumur lingkungan 28-34 minggu. Bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan.

Kadang-kadang ia akan menjadi sulit sedikit untuk membuat image capture kerana kemungkinan berlaku tangan menutupi muka, hal ini akan menjadi sulit untuk sonographer membuat image capture. 

Tapi yang penting nya adalah scan perlu dibuat dengan teliti dan mendapatkan informasi yang penting seperti ukuran kepala, tulang belakang dan visibility anggota badan bayi dalam kandungan. 

Leave a Reply